Wednesday, June 28, 2017

Polos

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

4.56pm
4 Syawal 1438H
Makkah al-Mukarramah

Ya Allah, 
Bagaimana kiranya aku mahu menjadi seperti nabi Ibrahim
Yg begitu polos, taat dan redha terhadap segala aturan dan suruhanMu
Tiada pernah dia persoalkan walau diarah utk menghantar isteri dan anak kecilnya ke padang pasir yg tiada penghuni, tiada sumber kehidupan

Bagaimana pula aku mahu mengikuti jejak langkah kekasihMu, Muhammad SAW
Yg apabila dipeluk erat di Gua Hira'
Digertak dari selimutnya
Ditarik isteri yang dicintai darinya
Dan ditakdirkan bapa saudara yang paling dia sayangi tidak menerima dakwahnya
Masih lagi kekal teguh menyampaikan dakwah rahmatal lila'lamin

Bagaimana mahu aku menjadi seperti mereka?
Bagaimana mahu aku menyahut seruanMu pada hari ini utk terus taat pada suruhanMu dan suruhan Rasul?
Bagaimana pula mahu aku tepis segala keinginan diriku yg jelas sekali menurut langkah-langkah syaitan?

Ya Allah,
Dari jauh aku melihatnya
Sayu yg teramat sekali
Dari jauh aku melihatnya
Aku hanya mampu tunduk, menadah tangan dan berdoa
Setiap kali aku melihatnya aku seolah mahu menangis
Inilah dia yang telah aku letakkan lebih dariMu
Inilah dia yang tidak mampu aku selamatkan dengan qudrat dan iradahku
Inilah dia yang mengajar aku erti melepaskan
Inilah dia yang menjadi ujian amalku terhadap hadis niat

Malu
Sedih
Sayu
Semua bercampur baur

Jikalau mampu aku mendoakan sesuatu dariMu ya Allah untuknya
Adalah utk kau kembalikan dia kepada kefahaman Islam
Kefahaman mencintaiMu
Dan kefahaman kemanisan iman
Kembalikanlah keinginan dia utk mendapat unta merah
Agar dia dapat terus mendapat saham pahala yang tidak putus-putus
Moga dia dapat merasakan kehadiran Engkau pada setiap nafasnya
Dan moga dia mampu memaknai erti namanya dgn sebenar-benarnya, dalam setiap langkah hidupnya
Kurniakan Jannah utknya ya Allah, tempat yang kami berdua selalu impi-impikan
Dan jauhkan dia dari api neraka
Serta segala perkara yang boleh menjerumuskannya kepada Jahannam

Dan buat diriku ya Allah
Berilah aku kekuatan utk sentiasa taat kepadaMu
Berilah aku kekuatan utk memilih yang Kau cintai, bukan yang aku ingini
Bantulah aku mencintai mereka yang terlebih dahulu mencintaiMu
Dan bantulah aku meredhai aturanMu, ketentuanMu dan takdirMu buatku
Aku mahu menyampaikan dakwah al-Quran sebagaimana nabi yang paling aku cintai lakukan
Sebagaimana para sahabat yang aku hormati dan sanjungi
Dan sebagaimana ummahatul mukminin meredhai tugas si suami, memilih Islam dan bukan kesenangan duniawi

Bantulah aku ya Allah
Because honestly, this is my biggest fear and my biggest worry
That I'd make the same mistake and I'll hurt again

Maka pandulah hati aku
Pandulah keinginanku
Dan bantulah aku utk tsabat dengan pilihanku atas jalanMu

Hopefully, sebagaimana keimanan Hajar terhadap suruhanMu melalui suaminya
Akan keluarlah keajaiban yang tak pernah ku sangka seperti keluarnya air Zam Zam dari bumi Makkah yang asalnya kering kontang

(Tadabbur Surah An-Nur di Tanah Haram)

No comments:

Post a Comment