Wednesday, February 25, 2015

Belajar untuk Ihsan dan Meyakini Al-A'lim

Life in itself has always been a challenge
Everyday we are force to make decisions
Whether we like it or not, we still go through that cycle
Day in, day out

Because that is what life is all about
"Making decisions."

Some are easy to make
While others prove to be quite difficult
Some decisions can be made on the spot
Some takes minutes, hours, days, weeks, months
To come with a proper conclusion
And even through the lengthy time taken
Doubts still arise
And it kills you deep inside

"....Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal."
Surah Al-Imran, 3:159

Kau fikir masalah kau besar
Kau fikir hati kau meronta hebat
Tapi hakikatnya
Ramai diluar sana lagi kurang daripada kau
Banyak sangat nikmat yang kau ada
Ibu bapa
Dua orang adik yang nakal
Teman-teman
Akhawat
Bilik yang panas
Makanan didalam peti
Ilmu di dada
Peluang mempelajari tubuh kau sendiri
Buku-buku yang mengelilingi
Tarbiyyah
Al-Quran
Iman
Islam
Allah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan. 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu..."
Surah Ibrahim, 14:7

Hakikatnya kau dilimpahi nikmat yang tiada tolok bandingnya
Hakikatnya kesakitan yang kau rasa
Biar luaran
Mahupun terbenam
Adalah berkat kasih sayang dan rahmatNya
Mengapa perlu timbul persoalan apabila sudah jelas bahawa kau disayangi?

Tidak perlu manusia mengiktirafmu
Tidak perlu hadiah berbakul membanjirimu
Tidak perlu tawa riang menghiasi harimu
Kerana..

"...'Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung.'"
Surah At-Taubah, 9:129

Because even if you can't find light behind the grey clouds
Keep on believing it's still there
Because even if you think that it's difficult to hold it all in
Keep on smiling that wonderful smile
Because even if putting up a strong front becomes too overbearing
Keep that headstrong spirit of yours intact

Because He is All-Knowing
Because He sees all your effort
Because He is never far, yet is so close to you

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.."
Surah Al-Baqarah, 2:186

Kerana itulah perlunya untuk kau terus bersikap Ihsan
Kerana Dia dekat
Kerana Dia ada
Setiap duka tak abadi
Dan ujian itu adalah lumrah hidup dunia ini
Maka buatlah apapun keputusan
Dan terimalah segala yang bakal terjadi
Kerana kau tak tahu
Kau bukanlah Tuhan

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah, 2:216

Sementara sahaja
Sebentar sahaja
Seperti namamu, teruslah bersabar
Dan teruslah tersenyum

Anggaplah Tuhan melihat segala yang kau lakukan
Anggaplah kau melihat Tuhan dalam segala yang kau lakukan

And tonight, tell yourself to make a wish to the Creator of the stars
So that he will cast upon light and shine us till dawn



To read about Allah's other asma' click on the links below
Al-Mu'min
Al-Muqit
Al-Haq
As-Sami'
Al-Qawwiy
Al-Jabbar
Al-Wasi'