Tuesday, May 30, 2017

Ramadhan Diaries: Nasi Ayam Berempah Tebabomm

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

4.44pm
4 Ramadhan 1438H
Klebang Besar

*mesej masuk dalam Telegram*

*bukak*

*Kak A sent a photo to YoU*


"Ala comelnya akhwat Sabah berniaga, Nasi Ayam Berempah Tebabom gitu haa. *ketawa kecil*"

*Kak N sent a photo to AInQC*


"Waaahh, Qul Drink Kak O laaaa! *mata bersinar*"

.....

Growing up is of course, very intimidating. And now, looking at the many people around me, everyone is trying their best to go through life as casual as they can. To gain enough income so that boleh terus buat dakwah. Banyakkan membaca dan menganalisa, menyampaikan dan bernadwah supaya dapat meraih the best from bahan-bahan fikrah yang terlalu banyak untuk dihadam. Ditambah lagi dengan mereka yang masih lagi menyambung pelajaran, perlu menyiapkan assignments, perlu berjumpa dengan patients.

Everyone has their struggle, and everyone is struggling.

"Saat larut dalam sedih
Tak berhenti putaran ini bumi

Saat gentar hela nafas
Tak berhenti cepatnya lalu masa."

Teringat tahun lepas waktu Kak Ejat share tadabbur Surah Al-Balad. Hidup ini memang Allah takdirkan utk menjadi susah untuk manusia, bahkan kalau kita buat apa-apa sekalipun kita akan berada dalam keadaan susah payah. Orang yang mempunyai wang, susah mahu tahu kemana harus dilaburkan wangnya, apa yang mahu dia belanjakan ia kepada, kereta apa yang mahu dibeli, baju apa yang mahu ditempah. Mereka yang diuji Allah dengan kekurangan harta pula susah juga, bagaimana mahu berjimat supaya dapat beli baju untuk anak belajar, mana nak dapat duit lebih beli susu adik, cukup tak makanan untuk satu keluarga makan.

Study medic ke, engineering ke, accounting ke, law ke, bussiness ke, architecture ke, culinary ke, hospitality ke, welding ke, menjahit ke, semuanya ada susah masing-masing. Bujang ke, sudah berkahwin ke, sudah beranak tiga ke, sudah bercucu ke, nak kahwinkan anak ke, pun have their fair share of difficulties as well.

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah."
(Surah Al-Balad, 90:4)

Tapi susah mana yang paling susah dan berbaloi?

"Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar? Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar itu? (iaitu) melepaskan perbudakan (hamba sahaya), atau memberi makan pada hari terjadi kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir. Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk sabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang."
(Surah Al-Balad, 90: 10-17)

Susah yang paling susah itu sebenarnya adalah menjadi mereka yang benar-benar beriman. Yang tatkala berlaku hari kelaparan, diberinya makan kepada mereka yang lagi memerlukan. Mereka yang menunaikan hak sebagai seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain dan berharap hanya kepada Allah untuk memberi rezeki makan dan minum buat dirinya sendiri. Tawakalnya hanya pada Allah untuk mencukupkan dirinya, dan dia masih terus melaksanakan amal soleh. Saat semua orang pada ketika itu memikirkan diri mereka sendiri, being selfish for their own feed, orang-orang yang beriman ini saling berpesan kepada kesabaran dan kasih sayang. Melaksanakan sesuatu amal dengan penuh kesabaran, penuh kasih terhadap mereka yang lebih memerlukan. Dan yang paling utama adalah sifat mereka yang terus jua mengajak sekalian manusia agar sama-sama menjadi seperti mereka, mengajak kepada kesabaran utk beramal, mengajak kepada kasih sayang sesama manusia. Syafaqah wa rahmah.

*senyum*

This is a difficulty that is worth it. Untuk menjadi QS adalah kesusahan yang paling susah, dan juga merupakan kesusahan yang paling bermakna. Kerana mereka inilah yang tergolong dalam golongan kanan, tenang dalam melaksanakan amanah hidupnya serta sabar dalam melalui kekurangan diri. Bahkan mungkin sahaja tidak dilihat kekurangan itu sebagai a deficit, but looking at it as a presentation of their amal towards Allah.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah kedalam syurgaKu."
(Surah Al-Fajr, 89: 27-30)

Indah, sungguh indah bersusah payah atas namaMu.
Moga kita tergolong dalam mereka yang benar ikhlas dalam amal kita, dan moga Allah menerima segala yang kita lakukan untukNya sebagai sebaik-baik amal.

#tazkiyahseorangsabr

No comments:

Post a Comment