Thursday, February 2, 2017

Toast, Toast and More Toast

1.24pm
2 Februari 2017
Path Lab CSI
Galway, Ireland

Minggu ni Tuhan benar-benar ingin menyedarkan aku bahawa makanan tidak akan mampu membahagiakan aku tatkala kesedihan. Today is my first day on the GI surgical team and it has been mostly of toasts, water and 'go have some tea' kind of day so far. Daripada hari Isnin sehinggalah hari Khamis, Allah telah mentakdirkan diri ini untuk terus menerus mendapat rezeki berupa hidangan makanan yang melimpah ruah. Even though it's not a proper meal most of the time, I am actually pretty stuffed with food for the past four days and this clearly is not a remedy for the distraught that I have been facing since last week.

Manusia apabila dirinya marah dan kecewa, mudah sahaja untuk melenting dan menyalahkan keadaan. Walaupun acapkali diingatkan dengan sifat-sifat seorang mukmin di kala ujian menimpa, masih lagi berulang kembali segala tantrum dan omelan (this is a proper word people). Dan bila timbul segala perasaan tak puas hati dan rebellion dalam diri memuncak, kita akan burst dan mula untuk meluahkan kata-kata yang tidak bijak; langsung tidak menggambarkan diri kita sebagai orang beriman.

Mungkin begitulah perasaan Nabi Musa ketika dia pulang kembali berjumpa dengan kaumnya setelah mendapat wahyu dari Allah melalui lauh-lauh Taurat. Was he angry? Oh goodness, he was so frustrated sampai ditariknya janggut Nabi Harun dan ditanya kepada saudaranya itu dengan nada yang bengis mempersoalkan keadaan tersebut. Mujur apabila diingatkan kembali oleh Nabi Harun bahawa kaum Bani Israel pasti akan menyoraki kemalangan dan pergaduhan mereka, Nabi Musa dapat mengambil nafas dan berdoa kepada Allah agar diberikan rahmat kepada mereka berdua. Fuh, macam mana tu nak handle kemarahan Nabi Musa pun tak tahu.

Lepas tu, Allah berfirman,

"Dan orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan setelah amarah Musa mereda, diambilnya (kembali) lauh-lauh (Taurat) itu; di dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya."
(Al-A'raf:153-154)

Betapa marahnya Nabi Musa, sehinggakan hadiah wahyu yang diterimanya pun dilemparkan ke tanah kerana kecewa yang amat sangat dengan kaumnya. Mana tidaknya, mukjizat laut terbelah pun tak cukup lagi ke nak buktikan kekuasaan Allah sampai nakkan juga berhala sapi untuk disembah.

Tapi, the remedy to that frustration at the end of the day is.....

Keimanan dan wahyu (Quran).

Bila wujudnya dalam diri kita walau secebis keimanan, apabila kita terus sedar daripada kesalahan yang kita lakukan, memang kita akan terus beristighfar dan memohon keampunan pada Allah atas tindakan kita yang meroyan tak tentu pasal sebab stress yang kita hadapi. Dan bila dah reda kemarahan kita, pasti kita akan mula untuk mencari cara untuk mengubat luka yang parah akibat daripada kekecewaan kita. And where else to look kalau bukan dalam Quran?

.....di dalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya."

So, bukanlah dengan makan banyak-banyak bila stress akan membantu kita to get rid of the pain and agony. Actually, by going back to His words and His teachings would we really get that guidance and tranquility.

And with that, enough of toast (for the time being) in the surgical tea room. And I really should find a way to not doze off at 11.00am everyday. Uhu.


No comments:

Post a Comment