Friday, February 10, 2017

A Perception on Arrogance

Mungkin sahaja yang sombong itu aku dan bukan mereka
Mungkin sahaja yang enggan mahu menundukkan ego dalam menuntut ilmu itu adalah kesalahan aku dan bukan kekurangan mereka
Mungkin sahaja aku yang takut, malu dan perasan bagus


Adab-adab menuntut ilmu ni sama sangat dengan adab-adab berdoa dengan Allah

Sebab kita tak tahu banyak sangat benda, dan kalau bukan kerana guru yang mengajar memang selama-lamanya akan kekal dungu

Dan kalau bukan kerana Tuhan mengizinkan doa itu termakbul, mengizinkan hati untuk menerima, sampai kesudah hati akan dilanda gundah tanpa tenteram


"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang."
(Al-Isra':37)

You cannot change people, but you can change your respond to them
Dan hakikatnya, manusia ni is not all bad right?
Sebab kita semua berasal daripada tempat yang suci dan bersih initially
:)

1 comment: