Tuesday, January 31, 2017

Rehab

8.34pm
31 Januari 2017
Path Lab CSI
Galway, Ireland

Jam sudah menunjukkan jam 8.42pm. Setelah menulis beberapa baris ayat, aku seperti tidak mampu untuk benar-benar meluahkan kata. Apakah sebenarnya yang mendorongku untuk menulis? Setiap kali suatu idea datang menerjah benak fikiranku, pasti akan ku berfikir lebih daripada dua kali tentang keperluannya untuk ditulis; biarlah dalam bentuk elektronik mahupun tulisan tangan.Bermanfaatkah ia? Patutkan ia ditulis? Adakah ia akan membantu diriku atau adakah ia hanya membuang masa?

Sebelum ini, begitu mudah untuk jari jemari ini meluahkan kata. Bahkan segala kekusutan dapat dirungkaikan dengan menulis. Tetapi kini, fikiran dan kata-kata yang memenuhi pemikiranku tidak mampu untuk ditulis dengan complete. Seolah-olah masih ada kekosongan dalam penulisan ini. Seolah tiada rasa, seolah tawar dari perasaan. Jika tiada hati dalam menulis, apatah lagi mampu untuk menyampaikan fikrah/ilmu. Hati yang kering tidak mampu untuk mengungkapkan apa-apa yang mampu menyentuh hati lain.

Sudah sekian lama diri ini mahu menulis kembali. Bukan sahaja dengan kesungguhan, tetapi juga dengan hati. Betapa ingin untuk memberi lebih banyak, betapa ingin untuk mendalami lebih banyak.

Mungkin sahaja hati ini telah lupa bagaimana untuk menyandarkan harapan kepada kekuatan dan keesaan Tuhan. Mungkin kerana itu hati menjadi gundah. Mungkin kerana itu juga jari jemari ini gagal untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan memberi kebaikan even to my ownself.

Ya Rabb, kuatkanlah aku untuk menjadi hambaMu yang bersyukur
Ya Rabb, lapangkanlah jiwaku untuk menerima segala ketentuanMu
Ya Rabb, berkatilah masa dan tenagaku agar banyak yang dapat ku berikan untuk jalan agamu
Ya Rabb, mudahkanlah aku untuk memahami dan mempelajari ilmu kerana ingin menunaikan tugas kekhalifahanku
Ya Rabb, hidupkanlah sanubariku dengan nikmat berjumpa denganMu dalam setiap solatku

And as all the rehab facilities here in the hospital for so many patients, is there any that I can go to revive back my dampened iman?


No comments:

Post a Comment