Monday, October 19, 2015

Cinta dan Kesetiaan

Jujur, ini adalah kalam luah rindu. Buat mereka yang paling dekat, sehingga mereka yang paling jauh. Buat yang pernah dilihat dan tidak kan mampu dilihat. Buat yang disayangi dan dikasihi, buat seluruh dunia.

Ingat tak dulu kawan-kawan, waktu kita bersengkang mata duduk sehingga jam 1-2 pagi semata-mata untuk plan perjalanan daurah adik-adik. Waktu kita sama-sama crack fikir macam mana nak cater batchmates and bawa mereka semakin dekat dengan kita - agar terpercik juga cinta Allah yg kita membuak-buak rasa, bukan semakin mencipta jurang antara budak 'usrah' dgn mereka yg lain. Waktu kawan-kawan risaukan kita dan suruh kita tinggalkan jalan nih, waktu mak ayah kata fokus study tak perlu nak ikut program, waktu cikgu pandang serong kita lambat hantar IA. Tapi kita tetap pergi program; daurah, usrah, jaulah, syuro, kita cuba hadir. Dan pada masa yang sama, kita bertarung habis-habisan dengan diri kita - melawan nafsu dan syaitan yg membisikkan kita untuk kembali kebelakang, lari, hilang, takyah duduk dah dengan orang-orang nih. Bila mana label 'usrah' dicanang-canang sebagai ekstrem, bila kita sendiri terpedaya dan hanyut dibuai arus norma kehidupan jahiliyah. Ingat tak lagi kawan-kawan?

Ingat tak lagi waktu kita tidur di Masjid Putra bertemankan akhwat kiri kanan, didalam rumah Allah yang begitu tenang. Walau sibuk dan gundah dengan pelbagai ujian, kita rasa cukup gembira dalam tiupan ketenangan angin kipas  yang kadang-kadang kena, kadang-kadang tak dirasa pun langsung. Kita makan dalam talam, kita bergurau di taman UKM, kita tolong kakak naqibah memasak waktu daurah, kita picit kawan sebelah sebab tersengguk-sengguk waktu pengisian. Best kan? 

Bila fikir balik, banyaknya ujian dan kegembiraan yg Allah bagi kepada kita. Kenapa ye kita susah-susah ikut jalan tarbiyyah nih? Boleh je kan untuk kita duduk di rumah seperti orang biasa. Boleh je kan untuk kita bersenang lenang browse Amazon, Ebay, Online Shops, IGs dan pilih barangan apa yang kita nak untuk belanja diri sendiri bulan ni. Boleh je kan untuk kita terus menonton drama kegemaran kita dan hanyut dengan movie marathon pada hujung minggu. Boleh je. Pilihan itu ada. 

Tetapi kenapa ye susah-susah?
Kenapa ye nak sangat merantau jauh-jauh nak dengar pengisian 3 jam yang boleh je dgr online tanpa gangguan at the comfort of your home?
Kenapa ye nak sangat pergi ajak orang yang nampak macam nak tak nak je kenal Islam dan penciptaNya?
Kenapa ye susah payah tukar imej, jadi ustazah pilihan pakai baju labuh semua ye?
Kenapa ye memilih untuk jadi lain daripada yang lain dan sanggup menahan jarak beza minda dan fikrah ye?
Kenapa ye sanggup letakkan diri dihadapan untuk dihukum oleh pandangan manusia yang hanya tahu mencari keburukan dalam perubahan diri?

Kenapa? Why?













Jawapannya...
Adalah CINTA.

Kerana kawan, teman, sahabat,
Kita buat semuanya kerana cinta.
Inilah bukti cinta kita kepada Allah, inilah bukti kesetiaan cinta kita kepada Dia.
Inilah bukti cinta kita pada Rasulullah, pada dakwah baginda, pada aspirasi baginda.
Inilah bukti cinta kita pada umat, pada mak ayah kita, pada adik beradik kita, pada guru-guru kita, pada kawan-kawan kita yang lain.

Kita nak masuk syurga, kita nak jumpa Allah dan Rasulullah, kita nak bawak semua orang masuk syurga. Manakan mampu cinta itu dibuktikan tanpa pengorbanan, tanpa cubaan berkali-kali walau gagal, tanpa usaha sehabis baiknya. Syurga itu bukankah tingkatan yang terlalu tinggi jika mahu dicapai dengan ala kadar sahaja.

Dakwah ini adalah cinta, dan kita hanyalah manusia biasa. Salah silap itu suatu lumrah, kita kan terus belajar sentiasa sehingga akhir hayat. Tetapi jangan pernah kita putus asa; terhadap diri sendiri, terhadap orang sekeliling, terhadap binaan-binaan kita, terhadap dunia, terhadap rahmatNya. Marilah ambil contoh kesetiaan cinta Rasulullah yang mana hampir segalanya ditarik oleh baginda tetapi tidak pernah ia berhenti mencintai dan membuktikan kesetiaan cintanya pada Allah.

Jujur, aku rindu kalian semua. Aku rindu Rasulullah dan para sahabat. Aku rindu pada Allah.

Jujur, aku mahu jua kalian memahami kegembiraan ini. Kemanisan bersama semata-mata kerana Dia. Kemanisan mengetahui hakikat kehidupan dunia untuk capai akhirat sana, kemanisan berjuang mencapai redhaNya. Kawan, sudah-sudahlah tutup mata dan melarikan diri ye. 

Ayuh kita nyalakan obor kita, dan sama-sama melangkah membuktikan kesetiaan cinta padaNya.

:')

5 comments:

  1. Salam Sab. Still remember me? Bilik kita sebelah tangga and near to your room as well :) Jzkk Sab for your words <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik time kat KMB dulu2 tu hehe

      Delete
    2. Ingat fatiinnn. Awk skrg belajar kat NZ kan? Hehe. Hrp awk sihat sentiasa. ^^ Waiyyaki jazak :)

      Delete
  2. As Salam, sis. Didn't know you still blog. Anyway, hope all is well. Remember your purpose there, OK? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wrh. InshaAllah will do bro. ^^

      Delete