Thursday, January 22, 2015

What is meant to be will always find a way

Kisah ini kisah yang sama
Serupa dengan yang lainnya
Kerana kisah kau, aku dan mereka
Adalah kisah perjalanan kita menuju Dia

*ketawa kecil*

Aku bukan kata kita lalu jalan sama
Cuma persamaan kita adalah pada akhirnya
Aku pasti kau juga mahu jumpa Dia
Walau kau selalu tolak hakikat ini ke tepi
Aku pasti fikiran kita serasi

Allah kata fitrah manusia itu bertuhan
Kau percaya tidak pada katanya?
Kau rasa tidak kebenarannya?

Jangan bohong
Jangan bohong bila kau ungkap kosong
Bila kau kata itu semua palsu
Dan kau gembira dengan apa yg ada
Tanpa kau kenal siapa Tuhan itu

*senyum*

Teman
Aku bukanlah yang terbaik untukmu
Untuk membimbing dan menasihatimu
Untuk menceritakan
Untuk memahamkan
Tetapi
Aku mahu cuba
Dan aku mahu raih tangan kau jua
Meski peganganku masih lagi rapuh
Aku masih mahu juga capai kamu
Dan aku mahu kita sama-sama
Berjalan dan berlari menujuNya

Mereka kata
"Apa yang sudah tertulis, pasti akan ditakdirkan untukmu"
Bukankah Allah itu takdirkan Jannah untuk kita?
Dan bukankah Allah telah ilhamkan jalan untuk pergi kearahnya?

*senyum*

Maka, marilah kita sama-sama bergerak
Tidak perlu terus memecut
Cukup sekadar kita melangkah
Asal esok lebih dekat daripada hari ini
Asal esok lebih baik daripada hari ini
Asal niat itu benar, langkah itu ada

Aku pasti
Jannah yang ditakdirkan untuk kita
Akan dapat kita capai nanti

InshaAllah

"Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadanya. Yakni segera menyahut segala permintaannya."
Hadith Qudsi

No comments:

Post a Comment