Sunday, April 23, 2017

Meletakkan Allah sebagai Wakil

Sedar tak sedar
Begitu ramai akhwat yang terluka atas jalan ini
Semua punya kisah mereka tersendiri
Tentang episod pedih, luka dan pilu

Namun, sejak 8 hari yang lalu
Akhwat sama yang mendapat luka yang jauh lebih dalam daripada aku
Berusaha sebaiknya untuk menguatkan aku
Dengan nasihat
Dengan nyanyian
Dan dengan post 'gambar teh'
Hati yang parah itu mereka balut kemas-kemas
Tidak mahu walau sekali aku melihat darah menitis dari luka mereka itu

Dan bacaan tilawah hari ini,
Jelas menunjukkan betapa Allah ingin merawat hatiku yang masih lagi ada saki-baki kepedihan,

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama...."

*one drop of tears*

"....(Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia..."

*two drops of tears*

".....Maka laksanakanlah salat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."

Fani'mal maula wa ni'man nasir

*bawling*

Pokoknya,
Apabila kesedihan, ubatnya adalah amal
Apabila Nabi Ya'kub kesedihan, dia masih lagi menasihati anaknya yang telah membuang Yusuf kesayangan ke perigi
Apabila Nabi Musa ketakutan dan hidupnya berubah menjadi pelarian, dia masih lagi membantu mereka yang perlu memberi minum ternakan
Apabila Nabi Lut, Nabi Saleh dan Nabi Nuh kesedihan atas tindak-tanduk kaum mereka, mereka masih lagi menyampaikan risalah tauhid
Setelah itu Allah terus menjanjikan kemenangan
Kemenangan yang terlebih utama,
Adalah kemenangan hati bebas yang tidak terikat dengan apa-apa

Ya Rabb,
Aku menjadikan Kau wakil atas segala urusanku
Kerana aku adalah hamba yang lemah, lagi kerdil dan hina
Dan Engkaulah Al-'Alim, Al-Rahman, Al-Rahim dan Ar-Razaq
Kaulah sebaik-baik Wakil

Bismillahi tawakkaltu ala Allah
La haula wala quwwata illa biLlah

No comments:

Post a Comment