Monday, July 7, 2014

Ramadhan Diaries: Syukur

Buat Cahaya Kesabaran Kami,

Aku sedar kau sedang berada dalam kesedihan,
Tatkala kawan-kawan kau yang kau lihat sehari-harian bergembira dengan apa yang mereka terima.
Aku sedar kau sedang menyapu kekecewaan dalam hati kau,
meskipun dilihat dengan mata kasar kau sedang menyapu lantai rumah kau.

Aku tahu bahawa susah untuk kau terima berita ini,
Bukan sebab kau ingin memberontak
mahupun mempersalahkan takdir.
Aku tahu kesedihan kau adalah disebabkan kau menyesal akan kesungguhan kau yang tiada semasa kau menduduki peperiksaan itu.

Ya,
Niat kau lari.
Kau tidak bersemangat.
Kau hilang haluan ketika itu.
Kau berlawan dengan nafsu dan
kau melepaskan batuk di tangga.
Usaha, hangat-hangat tahi ayam.

Ya,
Memang salah kau sebab kau tak betulkan niat.
Memang salah kau tak fokus pada tujuan kau.
Memang salah kau sebab lemah, kalah melawan nafsu dan
memang salah kau kerana tidak bersungguh-sungguh.

Bencilah diri kau sendiri
Marahlah
Sedihlah
Tetapi redhalah.

Ini semua ketentuanNya.

*senyum*

Dalam kesedihan kau ini,
Bukankah Allah telah mengajar kau erti syukur yang sebaiknya?
Bukankah Allah telah mengajar kau erti ikhlas sedalamnya?
Bukankah Allah masih membantu kau walaupun kau sendiri telah menzalimi diri kau?

Mungkin jua ini adalah asbab (biiznillah) untuk mencapai kejayaan yang lebih memberangsangkan ummah suatu hari nanti.
Mungkin jua ini adalah yang terbaik meskipun kau fikir ia adalah suatu yang menyedihkan.

Bersyukurlah kau masih ada atap untuk melindungi kau,
Keluarga untuk menyayangi kau,
Ibu bapa untuk melindungi kau,
Makanan untuk memenuhkan perut kau.
Bersyukurlah yang bukan bunyi bom atau das tembakan yang menyinari hari-hari kau.
Bersyukurlah kau diberi peluang untuk menghirup udara yang segar.
Bersyukurlah kau masih mampu untuk menyambung pelajaran kau.

Bersyukurlah,
bersyukurlah,
bersyukurlah.

"Kasih sayang Allah kau tak dapat tafsir. Kadang-kadang kau tak faham pun. Tapi ini semua bukti Dia sayang kau sebab Dia gegar hidup kau dari awal supaya kau tak lalai dalam mengingati Dia. Senyumlah, kita kan mukmin. Semua adalah baik untuk kita."

This extract is written in my mother tongue because it was a conversation I had with myself as I was doing household chores today. After scrolling through social media and the sorts, flipped through countless quotes and opened up the Quran, Allah gave me more than I could ever ask for.
He always did, always will.

*smiles*

Remedy


No comments:

Post a Comment